Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ops Tapis – Penjawat Awam Antara Lima Yang Ditahan

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin/Farhana Azlin Lajis (Langkawi)

LANGKAWI, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Lima termasuk seorang penjawat awam antara yang ditahan dalam serbuan Ops Tapis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi menjalankan tugas Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Baru, Mukim Ulu Melaka.

“Pemeriksaan mendapati empat orang lelaki melayu yang mana salah seorang daripada mereka merupakan penjawat awam sedang berada di lantai dan hasil pemeriksaan menjumpai tujuh paket plastik lutsinar berisi ketulan berwarna putih disyaki heroin seberat 270.90 gram dan 17 plastik lutsinar disyaki syabu dengan anggaran berat 32.60 gram.

“Susulan daripada tangkapan pertama, bersebelahan rumah terdapat seorang wanita sedang duduk di kereta di bahagian pemandu sambil menggunakan telefon bimbit, dan hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut pihak polis menjumpai sampul surat berwarna kuning di atas bakul di bahagian bonet belakang terdiri daripada tiga plastik lutsinar yang berisi ketulan dadah disyaki heroin anggaran 78.80 gram,” katanya semasa sidang media di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini baru-baru ini.

Menurut Shariman, hasil tangkapan wanita tersebut yang merupakan isteri kepada seorang penjawat awam, kedua-dua mereka dibawa ke rumah mereka di Jalan Ayer Hangat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati satu sampul yang berisi paket lutsinar yang diletakkan di dalam almari baju disyaki dadah jenis heroin dengan berat 51.0 gram.

“Kelima-lima suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda