Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MISDEC Buka Peluang dalam Industri Halal Negara

By 30 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

BATU BERENDAM, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC) telah memberi peluang yang baik terutama bagi sektor industri halal pekerjaan berkemahiran tinggi negara.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, MISDEC melakar sejarah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)bersama beberapa agensi seperti kerajaan negeri yang diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, Halal Development Corporation, Universiti Tun AbdulRazak (UNIRAZAK) dan juga Gerbang Alaf Sdn. Bhd.

“Kerjasama strategik antara Halal Development Corporation (HDC) dan MISDEC bakal menambah bilangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan industri halal yang mencecah hampir USD 3 trilion setahun,” katanya ketika menjadi saksi dalam majlis tersebut di pejabat MISDEC, di sini baru-baru ini.

Sulaiman ketika berucap sempena majlis.

Sulaiman ketika berucap sempena majlis.

Menurut Sulaiman, inisiatif HDC dalam meningkatkan lagi bilangan peluang pekerjaan yang berkualiti sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam pembangunan modal insan.

“Selain daripada menyediakan latihan industri halal, HDC juga menawarkan kepakarannya dalam memudah cara bagi pemain industri untuk mengorak langkah ke dalam pasaran halal melalui perkhidmatan konsultansi dan nasihat pakar industri, khidmat pemadanan perniagaan serta perkhidmatan Halal Integrated Platform menerusi dua program baharu MISDEC telah diatur bagi tahun ini, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia dalam Mekatronik dan Halal Apprentice Programme untuk masyarakat Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada anak-anak muda Negeri Melaka khususnya, untuk menggarap peluang ini dengan menyertai dua program baharu yang dijalankan oleh pihak MISDEC,” katanya.

-KN

 

Tinggalkan komen anda