Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Nyaris Maut, Tertimbus Hingga Paras Kepala

By 9 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/JBPM Selangor

KLANG, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) nyaris maut apabila tertimbus hingga paras kepala dalam kejadian di Taman Industri Meru, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata kejadian sekitar jam 2.36 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja pemasangan kabel berhampiran longkang besar yang dipenuhi air.

“Berlaku rebakan tanah sewaktu mangsa berada dalam sebuah lubang yang dikorek.

“Akibatnya mangsa tertimbus sehingga menutupi paras kepala dalam keadaan berdiri pada kedalaman 2.4 meter.

“Mangsa berjaya dibawa keluar pukul 5.08 petang seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda