Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Peratusan Khatam al-Quran Golongan Belia Daerah Setiu Masih Rendah

By 25 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Peratusan golongan belia di daerah ini yang khatam al-Quran masih rendah berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Pejabat Agama Daerah Setiu bagi mengukur peratusan umat Islam yang menguasai ilmu al-Quran.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Ahmad Rizal Mamat, memaklumkan berdasarkan statistik kajian tersebut, hanya 26 peratus golongan belia bawah umur 18 tahun daripada 600 orang yang terlibat dalam kajian tersebut khatam al-Quran di daerah tersebut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal ketika berucap dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu 1442H/2021M di Perkarangan Majlis Daerah Setiu, malam semalam.

Ahmad Rizal ketika berucap dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Setiu.

“Saya berasa gusar dengan statistik ini kerana golongan belia perlu menguasai ilmu al-Quran bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala sosial yang akan meruntuhkan akhlak mereka.

“Saya berharap pemimpin masyarakat di daerah ini dapat berganding bahu dengan agensi-agensi berkaitan untuk membantu golongan muda di daerah ini dengan mewujudkan kelas-kelas al-Quran di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan giat lagi agar mereka dapat mempelajari seterusnya khatam al-Quran.

Salah satu pengisian program iaitu berzanji.

Salah satu pengisian program iaitu berzanji.

“Penglibatan pemimpin masyarakat adalah perlu bagi memastikan golongan belia di negeri ini sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup semasa di dunia mahupun di akhirat,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Setiu 1442H/2021M di Pekarangan Majlis Daerah Setiu, di sini semalam.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Setiu tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu Dr. Azman Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim hadir merasmikan tilawah tersebut.

Dr. Azman Ibrahim hadir merasmikan majlis tersebut.

Seramai enam orang peserta terdiri daripada empat qari dan dua orang qariah mengambil bahagian pada majlis tilawah tersebut walaupun dalam suasana hujan.

Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang.

Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan dengan para pemenang.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Zulbhari A. Rahman serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Azmi Maarof.

-ii-

Tinggalkan komen anda