Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program Jelajah Imunisasi Vaksin COVID-19 Beri Penjelasan kepada Komuniti

By 9 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahyudin And Rani/Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Imunisasi Vaksin COVID-19 telah bermula di Jawi dan mendapat liputan meluas serta kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan program tersebut berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Timbalan Pegawai Daerah Balkish Othman, berkata program diadakan ini melibatkan Jabatan dan agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Salah seorang pengunjung di Program telah berjaya mendaftarkan diri untuk menerima vaksin.

Salah seorang pengunjung program telah berjaya mendaftarkan diri untuk menerima vaksin.

“Program ini bertujuan memberi penjelasan serta pemahaman kepada masyarakat tentang kelebihan dan kebaikkan mengambil vaksin.

“Ini adalah kesinambungan daripada skuad Agen Basmi Covid (ABC) Daerah Seberang Perai Selatan yang telah mula turun padang bermula januari lalu untuk tugasan pemantauan pematuhan SOP, malah kini memainkan peranan menyampaikan maklumat mengenai vaksin kepada orang ramai,” katanya yang ditemui selepas sesi pendaftaran untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Skuad ABC membantu orang ramai membuat pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Skuad ABC membantu orang ramai membuat pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Balkish, edaran vaksin ini akan diselaraskan secara berperingkat dan keutamaan akan diberikan kepada golongan barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismail, juga memaklumkan vaksin yang sedia ada adalah terbukti berkesan dan rakyat malaysia seharusnya menerima vaksin ini tanpa rasa bimbang atau takut.

Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail menggalakkan orang ramai menerima vaksin tanpa rasa bimbang atau takut.

Farhani (dua dari kanan) menggalakkan orang ramai menerima vaksin tanpa rasa bimbang atau takut.

Menurutnya lagi, skuad ABC ini juga menyediakan kaunter pertanyaan bagi membantu orang ramai mendaftarkan diri untuk menerima vaksin ini.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda