Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

174 Petugas Barisan Hadapan di Yan Terima Vaksin COVID-19

By 9 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 174 petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Ku Abdul Rahman Ku Ismail, beliau menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang meluluskan bajet lebih RM3 bilion untuk program vaksinasi kebangsaan ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Yan (PKD) yang begitu cekap dalam mengendalikan proses suntikan vaksin sepanjang program tersebut berlangsung.

Ku Abdul Rahman Ku Ismail ketika menerima suntikan vaksin semalam.

Ku Abdul Rahman Ku Ismail ketika menerima suntikan vaksin semalam.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat di Daerah Yan ini supaya segera mendaftar untuk menerima vaksin dan ikut nasihat mereka yang arif dalam bidang perubatan dan bukannya terpengaruh dengan berita palsu,” katanya ketika ditemui selepas proses pengambilan vaksin, baru-baru ini.

Menurut anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan Mohd Nabil Mustafa, 39, proses suntikan vaksin begitu mudah.

“Proses suntikan ini tidak menyakitkan dan tiada sebarang kesan sampingan sejurus saya selesai menerima suntikan,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda