Skip to main content
MA

Proklamasi Darurat Berkesan kawal Kes Positif COVID-19.

By 2 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Noor Haswan Bin Noor Azman(Kota Bharu)

KOTA BHARU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Pengisytiharan Darurat adalah salah satu pendekatan tepat mengatasi masalah penularan COVID-19 secara menyeluruh.

Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilihat berkesan menurunkan kes positif COVID-19 saban hari, kata Wakil Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Azmee Mohamed Noor dalam ucapan Pelancaran Program Gerak Tumpu Daerah Kota Bharu bertempat di ruang parkir Baazar Tuan Padang, Kota Bharu hari ini.

“Walaupun angka positif kian menurun tetapi kita masih belum berjaya sepenuhnya selagi angka belum mencapai sifar.” Tambahnya.
“Program Gerak Tumpu Jabatan Penerangan Negeri Kelantan akan dilaksanakan di setiap daerah di Kelantan, daerah Kota Bharu ini adalah yang ke empat, bermula dengan Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.”
Ujarnya.
“Dalam fokus Gerak Tumpu COVID-19 bersempena kempen pembudayaan norma baharu, Jabatan Penerangan Kelantan melancarkan gerak bersepadu melibatkan beberapa daerah membantu satu daerah melakukan hebahan secara menyeluruh.”

YDP MPKB-BRI menyempurnakan pelepasan kepada Konvoi Gerak Tumpu untuk membuat hebahan yunit bergerak.

YDP MPKB-BRI menyempurnakan pelepasan kepada Konvoi Gerak Tumpu untuk membuat hebahan yunit bergerak.

“Ini melibatkan kawasan tumpuan orang ramai, sekitar pasar, sekitar bandar dan kawasan kampung di samping mengedarkan bahan penerbitan Pembudayaan Norma Baharu dan poster kepada masyarakat.” Kata Azmi.
Menurut kakitangan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mohamad Nasrun Abdullah, 46, berkata Program sebegini perlu diteruskan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP COVID-19.

Hebahan secara bersepadu melalui corong pembesar suara dapat memberi perhatian kepada orang ramai dan lebih meyakinkan.”

Menerusi program sebegini semoga dapat mensejahterakan rakyat dan memberi informasi yang tepat.” ujarnya Mohamad Nasrun

Yang Dipertua MPKB-BRI, Zainal Abidin Tuan Yusof, Ketua Penolong, Ketua Jajahan Khidmat Pengurusan Jajahan Kota Bharu, Shahiran Sha’ari turut sama melawat, meyampaikan risalah kempen ke gerai-gerai perniagaan berdekatan selepas acara pelancaran program.
-NAZ

Tinggalkan komen anda