Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MB Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Johor

By 2 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faridah Ismail/Unit Fotografi JaPen (Johor)

JOHOR BAHRU, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad menjadi individu petama yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di negeri ini.

Beliau menerima suntikan pada jam 8.45 pagi dari Ketua Jururawat Unit Kualiti dan Latihan Pejabat Kesihatan Johor Bahru Badariah Mohd Khalid dibantu Jururawat Klinik Kesihatan Kempas Norazrina Johari.

Menurut Datuk Hasni Mohammad, Johor telah menerima 70,200 dos vaksin COVID-19 untuk fasa pertama, namun begitu jumlah itu masih kurang daripada bilangan para petugas barisan hadapan yang perlu mendapatkan suntikan.

“Di negeri ini, terdapat seramai 41,034 orang petugas barisan hadapan di mana 35,100 orang akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama berdasarkan dua dos setiap seorang.

“Baki 5,934 orang lagi akan menerima vaksin pada fasa kedua,” katanya lagi ketika sidang media Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Adda, di sini, semalam.

Tambah beliau, fasa kedua program ini akan dijalankan pada bulan April yang turut membabitkan warga emas, individu yang mempunyai comorbid seperti darah tinggi, kencing manis dan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Fasa ketiga pula akan membabitkan masyarakat yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mana kerajaan negeri mensasarkan lebih 80 peratus rakyat Johor akan mendapat imunisasi COVID-19,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut menerima suntikan vaksin.

-NI-

Tinggalkan komen anda