Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Petugas ‘Cape Rachado’ Melaka Dirai

By 23 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Tanjung Tuan yang dikenali sebagai ‘Cape Rachado’ milik kerajaan negeri telah bertukar menjadi ‘wilayah hitam’ selepas agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengesan Tumpahan Minyak di perairan tersebut hingga ke Teluk Kemang sejauh 1.3 Batu Nautika menghala ke Pulau Perjudi Port Dickson pada 13 Oktober 2020 lalu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, berkata tanggungjawab harus dipikul bersama oleh setiap agensi, jabatan kerajaan negeri, pihak swasta dan sukarelawan agar dapat bersama membantu operasi pembersihan susulan insiden tumpahan minyak ini.

Petugas-petugas yang diraikan.

Petugas-petugas yang diraikan.

“Bahagian keselamatan sekuriti dan alam sekitar Jabatan Laut Malaysia turut menganggarkan kira-kira 10 tan metrik isi padu minyak telah mencemari perairan Tanjung Tuan dan telah diklasifikasikan sebagai kes tumpahan minyak terbesar di Malaysia bagi tahun 2020 walaupun puncanya masih dalam siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Operasi bagi kerja-kerja pembersihan pantai telah berjaya ditamatkan pada 19 Oktober 2020 dan akan sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Alam Sekitar serta Bahagian Kawal Selia Air Negeri Melaka bagi memastikan insiden sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu majlis meraikan petugas-petugas pembersihan tumpahan minyak Perairan Tanjung Tuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini baru-baru ini.

-KN

 

Tinggalkan komen anda