Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakyat Perlis Yakin dengan PICK Yang dilaksanakan Kerajaan

By 21 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 40,000 rakyat di negeri ini telah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, keyakinan terhadap keberkesanan vaksin COVID-19 yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebabkan jumlah pendaftaran untuk menerima vaksin berkenaan semakin meningkat.

“Saya menyeru orang ramai untuk bersama-sama mendokong usaha kerajaan untuk mendaftarkan diri secara sukarela bagi mendapatkan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Ini penting untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Jelajah Malaysia Prihatin di Pasar Sehari Balai Baru, di sini semalam.

Jelajah Program Malaysia Prihatin bertujuan untuk membantu menyebar luaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada masyarakat setempat agar tiada sesiapa tercicir dari mendapatkan suntikan vaksin di samping meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana norma baharu.

Sementara itu, pada program ini turut diadakan taklimat isu oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Pejabat Negeri Perlis Muhamad Tarmizi Abdul Wahab yang membincangkan tentang penyebaran maklumat palsu.

Beliau turut menjelaskan tentang proklamasi darurat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan antara ordinan terbaru yang digubal iaitu Ordinan Darurat (Kuasa – Kuasa Perlu) (No.2) 2021 dengan tujuan mengurangkan impak penularan berita tidak benar mengenai COVID-19 dan proklamasi darurat.

Persatuan Wartawan Negeri Perlis Asri Shafie yang ditemui berkata pada sesi dialog bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia beliau menyatakan kesediaan sedia untuk bekerjasama bagi memastikan dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan dengan tepat dan cepat.

Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri Perlis Tuan Azizan Sulaiman, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Perlis Arif Helmi dan Pengarah Penerangan Negeri Perlis Azrul Hasan.

-NI-

Tinggalkan komen anda