Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Sungai Repoh Lokasi Sambutan Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Perlis

By 28 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Hari Air Sedunia telah disambut pada pada 22 Mac dengan tema sambutan pada tahun ini adalah menghargai air yang merupakan sumber kehidupan.

Menurut Exco Air dan Alam Sekitar Negeri Teh Chai Aan yang mewakili Menteri Besar, sambutan pada tahun ini diadakan serentak di seluruh negara dan bagi peringkat kebangsaan dan telah diadakan di Sungai Langat Bangi.

“Di Perlis, pelbagai aktiviti dianjurkan di sepanjang pesisiran Sungai Repoh bagi memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 Peringkat Negeri Perlis.

“Penglibatan seramai 200 sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan bukan kerajaan (NGO) membuktikan keprihatinan dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga dan menghargai sungai,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 Peringkat Negeri Perlis di Sungai Repoh, di sini semalam.

Tambah beliau, program ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri serta agensi-agensi kerajaan di negeri ini.

AJK Persatuan Chung De Perlis Ng Yook Chin, yang ditemui berkata program seumpama ini merupakan medium terbaik dalam memastikan komuniti setempat menjadikan aktiviti ini sebagai budaya dan amalan hidup.

“Penyertaan pelbagai pihak adalah digalakkan bagi memastikan kelestarian dan keindahan sungai dapat mengawal aktiviti pencemaran.

“Saya berharap dengan penglibatan masyarakat dari pelbagai peringkat usia dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan air dan pengurusan air lestari yang merupakan sumber utama air negara,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis Ir. Asnol Adzhan Abd Manap, ketua dan wakil jabatan kerajaan.

-NI-

Tinggalkan komen anda