Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

SEDCO Agensi Pertama Peroleh Pengiktirafan Pensijilan ISO ABMS

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) merupakan agensi pertama menerima Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

Pengerusinya Datuk Rubin Balang, berkata pengiktirafan itu sudah pasti akan memperkukuhkan lagi kredibiliti dan reputasi SEDCO sebagai badan operasi yang bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi negeri dan usahawan bumiputera.

“Pensijilan ini juga memberi cerminan bahawa SEDCO adalah contoh kepada penyedia perkhidmatan yang benar-benar mempraktikkan dan mengaplikasikan standard sistem pengurusan dalaman yang disyorkan kepada pelanggan.

“Selain itu, ia juga menjadi teras kebanggaan kepada warga SEDCO untuk terus mengekalkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta berintegriti tinggi,” katanya dalam Majlis Pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SEDCO 2019 di sebuah hotel, di sini semalam.

Rubin (dua dari kanan) mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar sebagai gimik pelancaran sambil diperhati Karunanity (kiri), Saifuddin (kanan), Nor Asiah (dua dari kiri) dan Arsit (tengah)

Rubin (dua dari kanan) mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar sebagai gimik pelancaran sambil diperhati Karunanity (kiri), Saifuddin (kanan), Nor Asiah (dua dari kiri) dan Arsit (tengah).

Dalam majlis sama, Rubin turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 25 orang warga SEDCO yang terpilih.

“Anugerah ini adalah penghargaan pengurusan dan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugas masing-masing.

“Dalam pada itu, penerima juga dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai potensi, karakter dan bakat yang boleh dijadikan model teladan kepada rakan sekerja yang lain,” katanya lagi.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karunanity Y.Subbiah, Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri Dr Arsit Sedi, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Peguam Besar Sabah Nor Asiah Mohd Yusof dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah SEDCO.

Rubin (dua dari kiri) menyaksikan liputan keratan akhbar media tempatan berkenaan dengan usaha SEDCO dalam membudayakan ABMS.

Rubin (dua dari kiri) menyaksikan liputan keratan akhbar media tempatan berkenaan dengan usaha SEDCO dalam membudayakan ABMS.

-RI

Tinggalkan komen anda