Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kewangan Persaraan Tanggungjawab Kita

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin / Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Seremban) 

SEREMBAN, 24 Mac (Malaysiaktif)– Perancangan kewangan persaraan adalah amat penting pada masa kini kerana tanpa pengurusan yang betul akan memberi kesan kepada masa depan pesara kerajaan.

Menyedari kepentingan itu, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan mengambil inisiatif memberi pendedahan kepada semua kakitangan di pejabat itu dalam majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan bertempat di Dewan Arena CMS, Sikamat.

“Perancangan yang betul bermula dari sedang berkhidmat dengan mengambil kira cara perbelanjaan sekarang, hutang sedia ada serta faktor kesihatan juga perlu diambil kira dan tidak boleh mengharapkan wang pencen semata tetapi perlu simpanan tambahan supaya boleh menikmati usia pencen dengan baik,” kata Penasihat AKPK Rosnani Ali di hadapan 70 orang kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad juga memaklumkan bahawa apabila mendapat wang ganjaran dengan jumlah yang besar perlulah bijak menguruskannya dengan berhati-hati dan sebarang pelaburan mestilah disiasat latar belakang syarikatnya supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Seorang kakitangan ditemubual, Siti Norazlina Azman melahirkan rasa gembira kerana mendapat pendedahan awal berkenaan perancangan kewangan bersara yang dapat membantu untuk merancang pembelian aset mengikut ukuran baju sendiri agar tidak terbeban dengan hutang apabila bersara kelak memandangkan baru setahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Turut diraikan dalam majlis tersebut, lima orang kakitangan jabatan itu yang telah dan bakal bersara pada tahun 2021 dan masing-masing telah berkhidmat lebih dari 25 tahun sebagai penjawat awam.

-FF

Tinggalkan komen anda