Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani/Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)
PINANG TUNGGAL, 1 April (Malaysiaaktif)– Seorang pemuda yang mengikuti Kursus Usahawan Arnab Pedaging pada tahun lalu di Felda Sungai Tenggi, kini dapat menarik nafas lega kerana usahanya untuk memasarkan daging arnab perap kini mendapat tempat dalam pasaran tempatan.
Muhamad Fadhil Mohamad atau lebih mesra disapa Bambam, 28, berkata beliau bermula dengan 10 induk baka âNew Zealand Whiteâ dan kini arnab-arnabnya terus membiak sehingga 200 ekor dalam masa beberapa bulan sahaja.
âPermintaan tinggi terhadap daging arnab di pasaran telah mendorong saya untuk melebarkan sayap kepada penghasilan daging arnab perap sejuk beku.
âRasanya yang enak bukan sahaja menambat selera sesiapa sahaja namun sangat berkhasiat kerana tidak mengandungi lemak tetapi banyak protein yang mudah dicerna,â katanya yang ditemui di pusat perternakan arnabnya di Paya Keladi Masjid, di sini hari ini.
Muhamad Fadhil memaklumkan, daging arnab perap sejuk beku seberat 500 gram dijual sekitar RM30 sahaja dan dipasarkan kepada agen-agen berdaftar sekitar Negeri Pulau Pinang dan Kedah.
“Saya memang berhasrat untuk membesarkan lagi tempat penternakan arnab bagi menampung permintaan tinggi dalam kalangan peminat daging arnab.
âPermintaan agak tinggi dan ada ketikanya tidak mampu memenuhi permintaan tersebut untuk membesarkan tempat penternakan arnab bagi menampung permintaan.
Menjawab soalan berkaitan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada operasi perniagaannya, Fadzil menjelaskan pada awalnya beliau menghadapi kekangan untuk mendapatkan bekalan dedak untuk arnab-arnabnya namun kini semakin mudah kerana banyak industri perniagaan telah dibuka.
-ii-