Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bicara Santai Antirasuah Kedah Dedah Fungsi SPRM

By 5 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M.Sufe Fuddin Sudin/Farhana Azlin Lajis (Langkawi)

LANGKAWI, 5 April ( Malaysiaaktif) – Program Bicara Santai Antirasuah Kedah Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di daerah Langkawi julung-julung kalinya dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Kedah, baru-baru ini mendapat sambutan baik oleh masyarakat setempat, walaupun dalam cuaca kurang memuaskan.

Pengarah SPRM Negeri Kedah Datuk Shahrom Nizam Abd Manap, berkata program sembang santai yang dibarisi panel-panel mantap ini iaitu Pegawai Daerah Langkawi Saiful Anwar Azmi dan Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Perlancongan Razuan Osman berjaya membuka minda pengunjung yang hadir.

“Menerusi program ini, pengunjung didedahkan dengan fungsi dan tugas sebenar SPRM dalam menangani isu rasuah di negara dan pelbagai masalah dan soalan telah diajukan semasa sesi soal jawab, terutama berkaitan rasuah.

“Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

“Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun,” katanya semasa sesi soal jawab program tersebut bertempat di Taman Nilam, di sini baru-baru ini.

Seorang pengunjung yang ditemui Azlina Mansor, 45, berasa amat gembira dan berharap program sebegini perlu diadakan secara berkala supaya masyarakat mudah mendapat maklumat terus jabatan- jabatan berkaitan.

“Saya sangat teruja dan berharap program ini akan lebih mendapat sambutan pada masa hadapan kerana masyarakat akan dikongsikan pengalaman serta usaha-usaha SPRM berkaitan membanteras jenayah rasuah dan ketua-ketua Jabatan wajar sama-sama turun padang untuk bertemu masyarakat,” katanya.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda