Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Masyarakat India LMS Sambut Baik Inisiatif Pendaftaran Vaksin

By 5 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

AULONG, 5 April (Malaysiaaktif) – Pelbagai inisiatif  kerajaan, syarikat korporat  mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) melaksanakan aktiviti  bersama bagi  memberi kesedaran  kesihatan dalam kalangan masyarakat India di kawasan Larut Matang dan Selama (LMS).

Penasihat Program Kem Kesedaran Kesihatan Persatuan Yoga Sevalaya Prof Dr Sugyman Narayanan, berkata persatuan ini memainkan peranan  proaktif dalam memberi kesedaran mengenai amalan gaya hidup  sihat.

“Saya menyeru semua ahli persatuan untuk sama-sama menyahut saranan pihak kerajaan dalam mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 dan hal ini penting demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan bukan saja kepada diri sendiri bahkan orang lain.

Turut diadakan pendaftaran secara manual di Kaunter Pendaftaran Vaksin COVID-19 Pejabat Penerangan LMS.

Turut diadakan pendaftaran secara manual di Kaunter Pendaftaran Vaksin COVID-19 Pejabat Penerangan LMS.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Penerangan LMS yang bertanggungawab dalam  memastikan peserta, khususnya ahli persatuan dan masyarakat setempat diberi kesedaran untuk mendaftar imunisasi vaksin COVID-19 melalui aplikasi My Sejahtera,” katanya ketika ditemui di Dewan Pertubuhan India Aulong, di sini semalam.

Dalam pada itu, Pejabat Penerangan turut membuka kaunter menyasarkan peserta yang tidak mempunyai telefon pintar untuk  mendaftar imunisasi ini secara manual seperti mana hasrat Jawatankuasa Khas (JK) Badan Bertindak Imunisasi  COVID-19 (CITF) Daerah LMS  melaksanakan penguatkuasaan komuniti untuk pendaftaran vaksin ini secara meluas.

~RJ~

Tinggalkan komen anda