Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Hari Malaria Sedunia 2021

By 30 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/ Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 30 April (Malaysiaaktif) – Hari Malaria Sedunia disambut setiap 25 April saban tahun dan tema sambutan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun ini adalah Eliminasi Malaria, ke Arah Sifar Malaria.

Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Nilai Dr. Ahmad Baihaqi Azraii, berkata Malaria adalah jangkitan parasit plasmodium yang ditularkan oleh gigitan nyamuk betina spesies anopheles.

“Malaria merupakan satu wabak yang mengancam kesihatan awam dan telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

“Di Malaysia terdapat empat jenis jangkitan malaria bergantung kepada jenisnya iaitu plasmodium falciparum, plasmodium vivax, plasmodium malariae dan plasmodium knowlesi.

“Walaupun jangkitan ini tidaklah begitu banyak berbanding denggi di Malaysia, ianya tidak harus dipandang ringan kerana demam malaria sememangnya menjadi endemik (wabak) di sesetengah negara terutamanya di negara-negara benua Afrika,” katanya ketika ditemubual dalam siaran langsung ‘Slot Dongar Kato Pakar Kosihatan Kito’ menerusi platform Facebook di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, di sini kelmarin.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Penolong Pengarah Kanan Unit Vektor Dr. Netty Darwina,  jangkitan penyakit ini boleh mendatangkan mudarat yang teruk jika tidak dirawat dengan awal dan kematian akibat malaria selalunya diakibatkan oleh kegagalan organ-organ utama seperti otak dan paru-paru.

“Pada dasarnya simptom-simptom penyakit ini tidaklah begitu khusus untuk malaria sahaja kerana terdapat jangkitan dan penyakit-penyakit lain juga yang boleh memberikan gambaran sakit yang serupa.

“Gejala jangkitan ini boleh dibahagikan kepada simptom tanpa komplikasi dan Malaria dengan komplikasi.

“Langkah pencegahan yang efektif bagi membasmi malaria memerlukan penglibatan bermula dengan individu hinggalah kepada peranan masyarakat dalam membasmi nyamuk penyebab malaria ini,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda