Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

ADUN Melor Meninggal Dunia

By 30 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook DrYusnan Albadar

PUTRAJAYA, 30 April (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Dr. Yusnan Yusof meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 2.28 pagi di kediamannya di Melor, Kelantan.

Perkara berkenaan disahkan seorang daripada anak Allahyarham Mohd Auzaie dalam hantaran di laman Facebook menerusi akaun DrYusnan Albadar.

“Dukacita dimaklumkan bahawa baba Dr. Yusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada 2.28 pagi,” katanya.

Turut dimaklumkan bahawa solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Haji Hassan, Ketereh.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda