Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JaPen Kian Melangkah ke Hadapan

By 8 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aimi Ainna Latif, Siti Nabila Bohari/Unit Foto JaPen Johor (Johor)

JOHOR BAHRU, 8 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang telah mencecah 110 tahun menggunakan pelbagai kaedah komunikasi yang strategik dan berkesan selari dengan perkembangan dan perubahan masa dalam menterjemah dan memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Johor Sabarudin Yeop Hamza, setelah berkhidmat selama lebih kurang 31 tahun, terdapat banyak perubahan telah berlaku terhadap teknologi pada masa kini.

“Jika kita lihat dahulu dan sekarang, pada tahun 1990 aras komunikasi masyarakat adalah dalam bentuk konversional di mana pengucapan awam dan komunikasi secara bersemuka itu adalah teras kepada komunikasi.

“Pada masa itu juga, JaPen merupakan antara medium penyebaran maklumat utama kerana pada zaman itu hanya terdapat tiga buah stesen television sahaja yang beroperasi iaitu TV1, TV2 dan TV3,” katanya lagi pada program Influencer@JaPen Johor ‘Menterjemah dan Memasar Maklumat Kerajaan yang Sahih’ di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Negeri Johor, di sini, semalam.

Tambah beliau , kini semuanya telah pun berubah yang mana daripada media konvensional bertukar kepada media baru yang sangat berbeza dan itu merupakan cabaran kepada JaPen pada masa hadapan.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Rabiaton Adawiah Ahmed Tajudin berkata, beliau berharap agar pandemik ini akan berakhir dengan segera agar JaPen dapat melaksanakan program secara bersemuka seperti sebelumnya.

“Setelah pandemik ini berakhir, pelbagai aktiviti secara bersemuka dapat dilaksanakan bagi menyebarkan maklumat sahih mengenai dasar-dasar kerajaan sehingga ke peringkat akar umbi.

“Selain itu, ia juga mampu meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat setempat dan menyebarluaskan maklumat yang sahih secara langsung kepada masyarakat,” ujarnya.

Rabiaton berkata melalui program secara bersemuka kita dapat melihat penglibatan dan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang jelas menunjukkan perpaduan dan kesatuan antara kita masih utuh.

“JaPen berperanan untuk memupuk perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam masyarakat berbilang kaum agar bersatu padu dan dapat membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara.

“Saya berharap agar jabatan ini akan sentiasa kekal releven dan dapat bergerak mengikut peredaran zaman,” ujarnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda