Laporan/foto: Mohd Hafizul Adzhari (Alor Gajah)
KUALA LINGGI, 14 April (MalaysiaAktif) – Karnival Harga Jualan Patut Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Melaka dan Gerakan Pengguna Negeri Melaka mendapat sambutan mengalakkan daripada pengguna dan peniaga.
Karnival yang berkonsepkan jerayawara, program ini akan menjelajah ke tiga buah daerah di Negeri Melaka bagi memastikan pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih patut tanpa menjejaskan rantaian bekalan.
Peniaga Amira Abdullah, 23, wakil Syarikat Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd berkata kita dapat perkenalkan produk yang dihasilkan oleh bumiputra kepada masyarakat terdekat khususnya pada penduduk di sekitar Kuala Sungai Baru.
“Dengan adanya karnival ini sudah pasti pengguna dapat mengurangkan pembelanjaan isi rumah, lebih-lebih lagi dalam masa kita menghadapi pendamik COVID-19”,ujarnya.
Manakala bagi Normala Abdullah, 47, pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana Cahaya Mala Enterprise berkata telah menjalankan perniagaan selama 18 tahun namun hanya di kenali di Saerah Melaka Tengah.
“Dengan peluang yang ada di sini saya dapat mengembangkan lagi supaya masyarakat yang ada disini dapat merasa dan mengenali janama hasil dari titik peluh sendiri”, jelasnya.
Inisiatif ini jelas memperlihatkan elemen keterangkuman dan sifat inklusif Kerajaan melalui Kerajaan Negeri Melaka dan KPDNHEP dalam membantu rantaian ekonomi domestik di setiap peringkat yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pengguna.
Karnival Harga Jualan Patut Sentuhan Rakyat KPDNHEP telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Abd Rauf Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka Norena Jaafar.
-FF