Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Kerjaya Tiga Daerah Tawar Peluang Pekerjaan

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)/FB Kerajaan Negeri Melaka 

MELAKA, 14 April (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Tiga Daerah Peringkat Negeri Melaka buat julung kalinya diadakan dan menyasarkan 5000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, program ini akan memberi peluang kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Program anjuran Institut Tun Perak (ITP) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ini tepat pada waktunya tatkala ramai rakyat di negeri ini terutama mahasiswa yang sedang mencari pekerjaan.

“Peluang dibuka bagi memastikan rakyat Melaka yang terjejas akibat pendemik COVID-19 mendapat semula pekerjaan, di samping golongan pelajar yang masih mencari universiti bagi melanjutkan pengajian, peluang buat mereka juga disediakan dalam program ini.

Antara yang hadir mencari peluang pekerjaan.

Antara yang hadir mencari peluang pekerjaan.

“Penganjuran Karnival Kerjaya ini didorong oleh kejayaan Karnival Penjana Kerjaya melalui Perkeso Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ogos lalu, justeru kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan program ini pada skala yang lebih besar menerusi pendekatan ‘reach-out’, supaya lebih ramai rakyat Melaka menerima manfaat peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini baru-baru ini.

Karnival Kerjaya ini disertai lebih daripada 40 agensi, 31 majikan dan 15 Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Turut hadir sama pada majlis perasmian ini, Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Manusia, Datuk AR Ismail Othman.

-KN

 

Tinggalkan komen anda