Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Kes Semakin Meningkat dengan 2,875 Kes Baharu

By 23 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23 April (Malaysiaaktif) – Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini semakin meningkat dan menghampiri 3,000, apabila 2,875 kes dilaporkan semalam dengan Kelantan mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 662.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah kumulatif kes kini 384,688, manakala tujuh lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kini 1,407.

Sementara itu, 2,541 lagi kes sembuh dicatatkan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 22,014.

Selangor menjadi negeri kedua mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 633 kes diikuti Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332), manakala Perlis tidak merekodkan kes baharu.

Sejumlah 169 kes direkodkan di Johor, diikuti Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Pahang (29), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (3).

Katanya sejumlah 248 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda