Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SWCorp Mendaya Komuniti Sementa Pupuk Cinta Alam Sekitar

By 5 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Hila Idris & Siti Rasidah Abdul Musa (Klang)

KLANG, 5 April (Malaysiaaktif) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Malaysia berharap kesedaran masyarakat setempat untuk menjaga kebersihan.

Pengerusi SWCorp Malaysia Dr. Daroyah Alwi, berkata masyarakat perlu sedar pentingnya penjagaan kebersihan serta memanfaatkan sumber yang boleh dikitar semula.

“Kita ingin lihat mentaliti rakyat Malaysia berubah ke arah yang lebih baik dalam pengurusan sampah.

“Ia juga akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta menguruskan sisa pepejal dengan baik,” katanya semasa merasmikan Program Mendaya Komuniti: Cinta Alam Sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, semalam.

Beliau yang juga Ahli DUN Sementa berkata, kerajaan amat menitik berat usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.

“Tanggungjawab ini perlulah dipikul bersama-sama oleh setiap lapisan masyarakat dalam memastikan kebersihan persekitaran dan alam sekitar berada dalam keadaan baik,” katanya.

Daroyah Alwi (dua dari kanan) menyertai aktiviti _Plogging_ mengutip dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula.

Daroyah Alwi (dua dari kanan) menyertai aktiviti ‘Plogging’ mengutip dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia, Ismail Mokhtar, memaklumkan fokus utama program bukan bilangan sampah dikutip tetapi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan sampah bukan hanya peranan kerajaan sahaja.

“Penduduk setempat perlu ada kesedaran untuk membuang sampah di dalam tong sampah dan masyarakat digesa untuk mengamalkan pengasingan sisa pepejal dari punca dan kitar semula bagi mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

“Melalui kitar semula, selain memberi faedah kepada penjagaan alam sekitar, ianya turut menyumbang kepada sumber pendapatan melalui aktiviti ekonomi kitaran.

“Program ini melibatkan 250 orang daripada gabungan lima Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam DUN Sementa dan sepanjang program berlangsung sebanyak 876.9 kilogram sampah boleh dikitar semula telah berjaya dikumpul yang menghasilkan RM 471.30 melalui inisiatif  ‘Trash to Cash‘,” katanya.

-RI

 

Tinggalkan komen anda