Laporan/foto: Shah Hood/MedKom Johor (Johor)
JOHOR BAHRU, 20 April (Malaysiaaktif) ā Kerajaan negeri akan mempertingkatkan usahaĀ untuk memastikan bulan Jun ini, pembukaan sempadan antara Johor dan Singapura akanĀ dapat dilaksanakan.
Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, pada awal bulan Mei ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri Singapura Lee HsienĀ bagi membincangkanĀ perkara ini.
āBerkaitan prosedur operasi standard (SOP) pula,Ā ia akan dibentangkan kepada kerajaan persekutuan untuk di bawa ke dalam mesyuarat tersebut bagi memberi keyakinan kepada republik berkenaan.
āKita jadikan bulan Jun sebagai sasaran dan berharap akan mendapat keputusan yang positif hasil daripada mesyuarat antara Perdana Menteri dan Perdana Menteri Singapura pada 3 Mei ini yang mana saya dimaklumkan mereka akan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan pembukaan semula sempadan negara,ā katanya ketika ditemui pada sidang media selepas melancarkan permulaanĀ Program MEKAR: Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak & Remaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini semalam.
Tambah beliau, SOP pergerakan adalah terhad sama seperti kebenaran yang diberikan kepada para pemandu lori yangĀ mendapat kelulusan untuk memasuki Singapura secara harian.
āTidak perlu ada perbezaan kerana pemandu lori kita yang dibenarkan untuk memasuki Singapura setiap hari juga datang dari Malaysia dan dari negeri ini.
āMereka dibenarkan untuk ke Singapura secara harian dari titikĀ lokasi yang spesifik di mana jika mahu bekerja, mereka cuma boleh bergerak dari titikĀ A ke titikĀ B sahaja yang mana saya rasa perkara yang sama boleh dipertimbangkan untuk para pekerja lain juga,ā ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sebagai permulaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah bersetuju untuk memperuntukkan 100,000 vaksin khususĀ untuk para pekerja yang berulang-alik antara kedua-dua buah negara.
-NI-