Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program Bina Semangat SK St. Edmund Tingkat Keyakinan Diri Guru

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norazean Makbul (Kota Belud)

KOTA BELUD, 1 April (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) St. Edmund berjaya menganjurkan Program Bina Semangat : Menggilap Mutiara 1.0 bagi meningkatkan keyakinan diri warga kerjanya.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut Janiati Nain, program yang dianjurkan ini adalah untuk melatih guru-guru dan kakitangan sekolah agar mempunyai ketahanan mental dan fizikal ketika berhadapan dengan masalah dalam tugas harian.

“Program ini turut menekankan kesedaran tentang pentingnya kerjasama dalam kalangan warga sekolah selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja.

“Program sehari yang berlangsung di perkarangan SK St Edmund telah disertai seramai 20 orang guru dan kakitangan anggota kumpulan pelaksana dan aktiviti ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pengisian pelbagai aktiviti yang bermanfaat,” jelasnya yang turut menyertai program tersebut, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Sektor Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Wasrin Duari menegaskan bahawa program seumpama ini perlu diteruskan dari masa ke masa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar keselamatan penganjur dan peserta terpelihara.

“Semua aktiviti dalam setiap sesi perlu mematuhi SOP agar matlamat program untuk meningkatkan semangat peserta agar lebih bermotivasi dalam mendepani cabaran musim pandemik tercapai,” jelasnya.

Hadir sama pada program itu Guru Besar SK St Edmund, Nyuk Lai.

Suasana sekitar sesi perbincangan gerak kerja berkumpulan peserta program.

Suasana sekitar sesi perbincangan gerak kerja berkumpulan peserta program.

-RI

Tinggalkan komen anda