Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Bubur Lambuk ‘Gearbox’ Istimewa Akhir Ramadan

By 11 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram turut tidak ketinggalan menyediakan bubur lambuk, makanan tradisi turun temurun yang sering dijadikan juadah ketika berbuka puasa.

Tradisi ini merupakan program masjid yang sinonim sempena Ramadan di mana ia dimulakan masak oleh ahli jawatankuasa Masjid.

Siak Masjid Al-Mustaghfirin Abdul Aziz Abu Bakar, berkata pihak masjid memasak dua periuk besar bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai secara percuma.

Dua periuk besar bubur lambuk boleh menghasilkan lebih kurang 300 bungkus bubur.

Dua periuk besar bubur lambuk boleh menghasilkan lebih kurang 300 bungkus bubur.

“Kami akan buat pengagihan kepada tiga peringkat, iaitu sekali selepas sembahyang zohor, waktu asar dan selepas sembahyang asar kepada orang ramai yang hadir menunaikan solat ke masjid.

“Dua periuk besar bubur lambuk, boleh menghasilkan lebih kurang 300 bungkus yang dilaksanakan secara gotong-royong membabitkan 10 ahli jawatankuasa masjid,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut, di sini semalam.

Menurut Aziz, sajian yang digemari semua peringkat umur dan boleh dianggap sebagai penyeri Ramadan kepada penduduk di sekitar Bayan Lepas.

Pembungkusan bubur lambuk 'gearbox' turut dibantu golongan muslimah di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram.

Pembungkusan bubur lambuk ‘gearbox’ turut dibantu golongan muslimah di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram.

“Keistimewaannya bubur lambuk bukan sahaja dinikmati orang ramai di sini, malah mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat.

“Bubur lambuk yang disediakan menggunakan tulang lembu atau lebih dikenali sebagai gearbox untuk menghasilkan keenakannya.

“Kami menyediakan, memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai sempena Ramadan ini, yang akan dilaksanakan secara gotong-royong membabitkan semua ahli jawatankuasa masjid,” katanya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda