Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kumpulan Anti Vaksin Dinasihat Henti Sebar Dakyah

By 2 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Kumpulan anti vaksin dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai vaksin COVID-19 sehingga boleh mempengaruhi masyarakat.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan kerajaan dan tidak terpengaruh dengan gerakan anti vaksin.

“Saya ingin menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan kerajaan kerana kalau ada yang tidak mengambil vaksin ia akan menggagalkan usaha kerajaan.

“Risiko untuk dijangkiti kurang berbanding mereka yang tidak mengambil vaksin, dari sudut risikonya tidak timbul dan apa yang disebarkan adalah kepalsuan,” katanya semasa ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak- Anak Yatim Serta Asnaf di Kompleks Darul Kifayah, di sini semalam.

Beliau turut mengulas mengenai kemungkinan penglibatan pendidik agama di dalam negara ini dalam gerakan anti vaksin.

Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada anak - anak yatim.

Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada anak – anak yatim.

“Setakat ini kita ada mendengar dari jauh ada dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju tetapi hanya dalam kumpulan kecil sahaja, peratusan pendaftaran tidak terlalu dipengaruhi oleh gerakan anti vaksin tapi lebih kepada masih kurangnya kesedaran dalam masyarakat sendiri.

“Kita akan meningkatkan kempen bagi semua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya pastikan rakyat dapat kesedaran untuk mendaftar vaksin COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga jelasnya akan terus memantau secara rapat projek-projek pembangunan yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Kita memantau beberapa projek antaranya projek masjid Kampung Sungai Bedaun yang sudah hampir 80 peratus siap, bulan Jun InsyaAllah boleh digunakan oleh para jemaah.

“Pembinaan beberapa buah masjid dan sekolah menengah agama yang dikelolakan MAIWP dengan peruntukan lebih RM70 juta serta proses naik taraf Masjid Annur dengan RM2.3 juta adalah untuk mempermudahkan rakyat Labuan menyempurnakan ibadah di masjid,” kongsinya.

-RI

Tinggalkan komen anda