
Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)
TELUK BAHANG, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya (BD) meminta golongan berusia 60 ke atas di sini untuk mendaftar bagi menerima vaksin AstraZeneca pusingan kedua bagi warga emas yang dibuka bermula semalam.
Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman, berkata ia adalah berita baik untuk warga emas di lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
“Pendaftaran ini telah dibuka bermula pukul 12.00 tengah hari semalam untuk tempahan slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca yang menawarkan sebanyak 1.24 juta dos kepada warga emas.
“Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) akan menjadi pusat pemberian suntikan dos pertama bermula 7 Jun sehingga 27 Julai nanti bagi memastikan warga emas yang merupakan golongan yang berisiko tinggi terus dilindungi,” katanya yang ditemui sempena program hebahan jabatan tersebut di sekitar kawasan sini, baru-baru ini.
Marshita berkata ianya merupakan satu langkah yang amat baik pada ketika ini dan mereka berminat boleh melayari laman sesawang www.vaksincovid.gov.my bagi membuat tempahan.
Seorang warga emas Zainab Ayob, 67, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi keutamaan suntikan vaksin tersebut kepada warga emas sepertinya dan akan meminta anaknya mendaftar tempahan pada pukul 12.00 nanti.
-ii-