Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,239 Kes Baharu, Kembali Melebihi Angka 6,000

By 10 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini kembali melebihi angka 6,000, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi laman media sosial rasminya menyatakan sejumlah 6,239 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, meningkat berbanding 5,566 kes kelmarin.

Katanya berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 633,891 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468) dan Sarawak (419).

Selain itu, Kelantan merekodkan 340 kes, Pahang dan Sabah masing-masing 232 kes, Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135), Putrajaya (17) manakala Perlis empat kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda