Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON97 Naik Dua Sen Seliter, RON95, Diesel Kekal

By 17 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) –Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.65 kepada RM2.67 seliter manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda