Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,150 Kes Baharu

By 17 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5,150 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu berkurang 269 kes berbanding 5,419 kes yang dicatatkan kelmarin.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian melibatkan 1,914 orang, diikuti Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480) dan Johor (392).

Selain itu, Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (lapan) dan Putrajaya (enam).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda