Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Negeri Bersetuju Melanjutkan Tempoh Bayaran Cukai Tanah Sehingga 30 September 2021

By 4 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Lukmannul Hakim/MEDKOM (Johor)

JOHOR BAHRU, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun ini sehingga 30 September.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri amat memahami masalah yang dihadapi rakyat yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Selain bantuan yang diumumkan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri juga turut akan melaksanakan pelbagai usaha, termasuk meneruskan inisiatif yang dilihat berkesan membantu meringankan bebanan rakyat.

“Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 dengan pemberian rebat sebanyak 10 peratus sehingga 30 September ini.

“Denda lewat tahun 2021, iaitu sebanyak 20 peratus dengan kadar minimum RM10 yang sepatutnya dikenakan bermula 1 Jun hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Rakyat di negeri ini juga diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

-NI-

Tinggalkan komen anda