Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lebih RM5 Juta Disalurkan kepada Perusahaan Sosial Menerusi Geran SIM – MaGIC

By 26 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – 30 perusahaan sosial Malaysia menerima lebih RM5 juta dalam bentuk Geran Pemadanan Impak Sosial (SIM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) jangka pendek, menurut Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Dalam kenyataan pada Jumaat, ia menjelaskan para penerima dijangka dapat membantu 13,000 individu yang kurang bernasib baik termasuk belia berisiko, ibu tunggal, Orang Ali, graduan menganggur serta komuniti isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, yang telah terjejas ekoran kemelesetan ekonomi, menerusi program-program berkaitan.

“Inisiatif ini diharapkan dapat menjana lebih RM15 juta dari segi nilai kesan sosial,” menurut MaGIC.

MaGIC menambah, Geran SIM dirancang untuk menyokong perusahaan sosial tempatan dan perniagaan berimpak sosial untuk mengekalkan operasi mereka dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Ia menggalakkan penyelesaian dipacu kesan dalam lima bidang — pendapatan masyarakat, jaminan makanan, kesihatan dan kesejahteraan sosial, perlindungan alam sekitar serta pemeliharaan warisan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Amiruddin Abdul Shukor berkata Geran SIM berkesan sebagai pengganda impak memandangkan ia mendorong kitaran kebaikan yang lebih baik.

“Kami berharap dapat menyokong sebanyak mungkin perusahaan sosial yang layak dan secepat mungkin melalui penyaluran geran bernilai RM10 juta keseluruhannya sebagai sebahagian rancangan tindak balas kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda