Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Permohonan Suntikan Vaksin COVID-19 Melebihi Bekalan di Tambunan

By 24 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

TAMBUNAN, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Tambunan melebihi bekalan yang disediakan.

Pegawai daerahnya Jumain Abdul Ghani, berkata sambutan bagi program vaksinasi COVID-19 adalah sangat memberangsangkan sehingga pejabat kesihatan tidak menang tangan.

“Bekalan vaksin juga tidak mencukupi bagi menampung jumlah penduduk yang ingin mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertanggungjawab dalam pengurusan pendaftaran penduduk.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertanggungjawab dalam pengurusan pendaftaran penduduk.

“Bukan sahaja mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, terdapat juga penduduk yang mengambil inisiatif memberikan senarai nama penduduk yang ingin divaksin agar program vaksin dapat dilakukan di kampung mereka.

“Seperti yang diumumkan kerajaan, kita berharap jumlah vaksin yang diberikan bagi daerah ini akan ditambah pada bulan Julai supaya program seumpamanya dapat dipergiat pada peringkat kampung pula.

“Hal ini perlu dilihat sebagai satu cabaran bagi pihak atasan dalam merealisasikan imuniti berkelompok di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui media dalam Program Taklimat, Daftar dan Vaksin COVID-19 di Dewan Mini Dewan Patau, di sini semalam.

Tambah beliau, hebahan maklumat daripada Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) di daerah itu antara faktor menjadikan masyarakat di kawasan luar bandar menyambut baik program vaksinasi tersebut.

Jumain (kiri) meluangkan masa bertemu penduduk Mukim Patau yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Jumain (kiri) meluangkan masa bertemu penduduk Mukim Patau yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“JaPen menjalankan tugas dengan baik sebagai penyebar maklumat termasuk di kawasan luar bandar yang mempunyai masalah capaian internet seperti di mukim ini.

“Kita mengharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan agar program vaksin pada peringkat kampung nanti dapat dilaksanakan dengan lebih efektif,” katanya lagi.

Program vaksin melibatkan tujuh buah kampung di Mukim Patau itu berakhir sekitar 6.00 petang dengan seramai 297 orang penduduk menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac.

-RI

Tinggalkan komen anda