Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Wanita Myanmar Dikelar Akibat Cemburu, Cinta Ditolak

By 24 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

SELAYANG, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Akibat cemburu dan cinta ditolak oleh kenalannya menyebabkan seorang lelaki bertindak menyerang seorang wanita menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Wangsa Permai, Desa Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed, berkata kedua-duanya merupakan warganegara Myanmar dan pemegang kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian adalah cemburu kerana suspek berusia 40 tahun itu menaruh perasaan cinta kepada mangsa yang juga merupakan kenalannya namun mangsa tidak pernah menerimanya.

“Mangsa yang berumur 35 tahun telah mengalami luka kelar (dalam) pada sebelah kanan leher, luka kelar pada sebelah kiri dahi dan luka kelar pada tangan kanan bahagian lengan.

“Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah diganggu oleh suspek beberapa kali sebelum kejadian.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda