Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

PPD Rangkul Lapan Anugerah RESPEx 2021

By 30 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Rozita Ibrahim (PPD)

PORT DICKSON, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Politeknik Port Dickson (PPD) menjadi tumpuan dari dalam dan luar negara apabila berjaya menerima enam Anugerah Terbaik (kategori) dan dua Anugerah Utama iaitu Anugerah BEST RESPEx 2021 (Malaysia) serta Anugerah BEST RESPEx 2021 (keseluruhan) sempena “Regional Educators and Students Product’s Exhibition” (RESPEx) 2021.

Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman, penyertaan peningkatan dalam RESPEx 2021 menunjukkan program ini amat sesuai untuk para penyelidik dan pelajar dalam menyerlahkan bakat.

“Tahun ini menyaksikan peningkatan penyertaan berbanding tahun lalu dengan penglibatan sebanyak 242 produk inovasi, 43 institusi dan 700 peserta dari Malaysia, Indonesia, Laos serta Korea Selatan.

“Saya yakin melalui kaedah dalam talian, ia dapat mendorong ramai pelajar dan pendidik untuk turut serta dalam RESPEx 2021,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup RESPEx 2021 secara dalam talian, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Port Dickson Isa Azhari, berkata RESPEx 2021 merupakan satu medium penyelidikan dan pertandingan inovasi yang memberi ruang kepada pensyarah dan pelajar dalam mempersembahkan produk inovasi masing-masing.

“Selain dapat menyerlahkan potensi diri, pelajar dan penyelidik dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mempromosi serta mempamerkan produk inovasi yang dibuat.

“Setiap tahun, penyertaan projek inovasi serta penglibatan negara serantau semakin bertambah yang menjadikan RESPEx 2021 sebagai platform pameran inovasi dan penyelidikan yang dikenali di rantau ini,” ujarnya.

Tambah Isa RESPEx hanya bermula sebagai platform untuk mempamerkan hasil kajian projek akhir, tetapi ia telah berkembang sehingga kini sudah memasuki edisi ke-7 penganjurannya.

Ketua Dewan Pembina Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi Medan Indonesia Bapak Supriyanto, yang juga merupakan Pengarah Politeknik Cendana, Indonesia berkata melalui RESPEx ini para pelajar dapat berkongsi pengetahuan dalam penyelidikan ke arah penghasilan produk bermutu ke pasaran antarabangsa selain mewujudkan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dalam dan luar Negara.

“RESPEx 2021 dianjurkan Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi Medan, Indonesia dengan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Politeknik Port Dickson, Ansan Universiti dan Persatuan Teknologi Malaysia Negeri Sembilan yang mempertandingkan 17 kategori yang meliputi bidang Kejuruteraan, Sains dan Sains Sosial,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda