Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Prihatin Gerobok Cakna Kemasik, Bantuan Terus Dihulur

By 24 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan, Gerobok Cakna Kemasik mengambil inisiatif menyediakan barangan keperluan harian dan keperluan asas kepada penduduk yang hilang sumber pendapatan khususnya kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.

Menurut Pengerusi Kebajikan Gerobok Cakna Kemasik Wan Mohd Faisal Wan Abdullah, 37, Gerobok Cakna Kemasik ini adalah inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Saiful Azmi Suhaili untuk membantu mereka yang terkesan akibat pendemik COVID-19 khususnya golongan B40 yang memerlukan bantuan dari segi keperluan harian mahupun kewangan.

Pihak Gerobok Cakna Kemasik juga menerima sumbangan baju terpakai hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak Gerobok Cakna Kemasik juga menerima sumbangan baju terpakai hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi Ashraf Mohamad, 35, dari Kampung Gelugor yang bekerja sendiri berkata, dia berterima kasih kepada ADUN Kemasik yang begitu prihatin menghulurkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap sepertinya.

“Bantuan diterima ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka yang terkesan dari segi pendapatan isi rumah disebabkan penularan COVID-19 malah memudahkan penduduk kerana tidak perlu keluar dengan kerap mencari barang keperluan ke pasaraya berdekatan,” katanya.

Ashraf Mohamad berkata barangan keperluan harian yang diterima dapat menampung perbelanjaan isi rumah.

Ashraf Mohamad berkata barangan keperluan harian yang diterima dapat menampung perbelanjaan isi rumah.

Bagi suri rumah Wan Rosmawati Wan Musa, 45, dari Taman Panalex, Kertih pula berkata bantuan yang diberikan itu berupa barangan asas dapur seperti beras, bihun dan gula sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga memandangkan suaminya yang telah diberhentikan kerja beberapa bulan yang lalu.

Wan Rosmawati Wan Musa menerima sumbangan bantuan keperluan harian dari Gerobok Cakna Kemasik.

Wan Rosmawati Wan Musa menerima sumbangan bantuan keperluan harian dari Gerobok Cakna Kemasik.

Dalam pada itu, pihak Gerobok Cakna Kemasik mengalu-alukan mereka yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan Pegawai Penyelaras ADUN Kemasik atau berurusan terus di pejabatnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda