Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

IoW Sumbang Bakul Makanan Kepada Penduduk Rumah Panjang Bareng

By 2 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Afiqah Morshidi (Sarawak)

MATU, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Matu menyumbangkan bakul makanan ke Rumah Panjang Bareng di Bruan Tutus, di sini bagi menyantuni penghuni di rumah tersebut.

Menurut ketua rumah panjang tersebut, Bareng Atok, 55, kunjungan tersebut amat bermakna kerana jabatan ini amat komited dengan tugas mereka menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan secara langsung ke peringkat akar umbi.

“Hebahan yang dilaksanakan oleh pihak JaPen membantu kami, penghuni rumah panjang mendapatkan maklumat-maklumat semasa terutama tentang SOP dan PKP,” kata ketika ditemui di kediamannya, di sini semalam.

Bareng turut akur dan memahami arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara sentiasa mematuhi dan memastikan penghuni rumah panjang dibawah jagaan beliau mematuhi SOP demi memutuskan penularan penyakit berjangkit COVID-19.

“Saya bersyukur dalam tempoh PKP, kami tidak dihalang oleh pihak kerajaan untuk turun ke laut atau hutan bagi mendapatkan sumber rezeki harian untuk menampung kehidupan seharian kami.

“Selain itu, sumbangan dan keprihatinan wakil rakyat dan juga agensi kerajaan di sini turut banyak membantu kami dalam mengurangkan tekanan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda