Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Harian Baharu Turun kepada 14,516 Kes

By 27 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam turun kepada 14,516 kes berbanding 17,045 kes kelmarin, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata kes jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 1,027,954 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 6,508 kes manakala tiga negeri merekodkan kes empat angka iaitu Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425) dan Kedah (1,160).

Sabah pula mencatatkan 720 kes, Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245), Putrajaya (94), Labuan (lapan) dan Perlis (dua).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda