Skip to main content
Berita SelatanMelaka

PMM Jalin Kerjasama Hebahan IoW

By 5 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)

JASIN, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Jasin membuat hebahan menerusi program hebahan Info on Wheels (IoW) khusus kepada pelajar serta komuniti setempat yang tinggal di sekitar perumahan di kawasan berhampiran institusi pendidikan tersebut.

Unit hebahan bergerak Info On Wheels (IOW) JaPen Melaka.

Unit hebahan bergerak Info On Wheels (IOW) JaPen Melaka.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Pelajar Zan Aizuwan Zainal Abidin, berharap agar semua pelajar PMM kekal berada didalam rumah sewa masing-masing dan hubungi pihaknya jika perlukan sebarang bantuan.

“Hebahan bertujuan meningkatkan kesedaran pematuhan SOP dan kesedaran mengenai wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar yang tinggal di luar instutusi tersebut.

“Pihak PMM mengambil berat kebajikan semua pelajar dan sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Kita menghargai usaha IoW JaPen dan kerjasama dalam hebahan yang dilaksanakan semalam sekaligus memberi peingatan dan pemantauan di rumah pelajar yang terlibat dalam kuarantin kendiri agar terus berjaga-jaga dan tidak jemu serta alpa segala penetapan yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya ketika ditemui di Politeknik tersebut, di sini kelmarin.

-FF

Tinggalkan komen anda