Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Manfaatkan Media Sosial Sambut Kemerdekaan Secara Norma Baharu

By 26 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Pandemik COVID-19 secara zahirnya memberi kesan terhadap sambutan Hari Kemerdekaan namun kemeriahannya tidak boleh disisihkan.

Doktor perubatan yang juga pempengaruh media sosial Dr Malar Santhi Santherasegapan, berkata walaupun sedih tidak dapat menyaksikan perbarisan seperti mana lazim diadakan pada tahun terdahulu, namun kita masih boleh menikmati sambutan kemerdekaan dengan kemeriahan yang sama.

“Terdapat banyak cara yang dapat dilakukan antaranya melakukan aktiviti secara dalam talian seperti memanfaatkan laman media sosial yang ada dengan pelbagai aktiviti dan kempen boleh diusahakan.

“Keadaan norma baharu ini pastinya memberi banyak perbezaan dan saya ingin mengingatkan janganlah menyambut secara berkumpulan dan melakukan perkara yang lebih memburukkan keadaan kerana perjuangan untuk mencapai kemerdekaan daripada wabak ini sama seperti perjuangan untuk mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Malar dalam kalangan pelayar media sosial dijemput sebagai ahli panel program Bicara Merdeka: Influencer@JaPen Edisi Perak; ‘Merdeka dalam Pandemik’ pagi tadi.

Bersama tetamu Bicara Merdeka: Influencer@JaPen Edisi Perak episod ketiga, Dr Malar yang amat dikenali dalam kalangan pelayar media sosial.

Dr Malar yang amat dikenali dalam kalangan pelayar media sosial.

“Sebelum ini kita belajar tentang sejarah pengorbanan pejuang kemerdekaan negara kita tetapi hari ini kita berpeluang untuk menjadi ‘askar’ mahupun petugas hadapan dengan menerima vaksin dan menjadi benteng pertahanan kepada negara agar kita boleh bebas daripada wabak COVID-19.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-64 tahun ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan semoga wabak ini diangkat dengan cepat dan semua yang telah dijangkiti akan dipermudah urusan serta diberi kekuatan buat ahli keluarga.

Semoga semangat patriotisme kekal tinggi dan keluarkanlah konten-konten kreatif sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti,” ujarnya ketika diwawancara secara penstriman langsung di facebook Penerangan Perak Page.

~RJ~

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda