Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat ke 14,554 Kes

By 25 September 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam kembali meningkat dengan 14,554 kes berbanding 13,754 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya berkata dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,171,232 kes.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, disusuli Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 pula ialah Kedah dengan 908 kes, Kelantan (910), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157).

Sementara itu, Perlis mencatatkan 65 kes dan Putrajaya 30 kes manakala Labuan tidak merekodkan sebarang kes.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda