Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

219 Pelajar UMSKAL Kembali ke Kampus

By 21 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/UMSKAL

LABUAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 219 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meneruskan pengajian di kampus secara fizikal bagi sesi 2021/2022.

Pemangku Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid, berkata dalam tempoh fasa pertama iaitu bermula 15 sehingga 31 Oktober nanti, seramai 219 orang pelajar akan balik semula ke dalam kampus secara berperingkat.

Mohamad Rizal (paling kanan) menyambut kemasukan Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022 di Kolej Kediaman Beta, UMSKAL.

Mohamad Rizal (paling kanan) menyambut kemasukan Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022 di Kolej Kediaman Beta, UMSKAL.

“Kemasukan semula ke kampus ini melibatkan enam kategori pelajar berkeperluan bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian.

“Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini kemasukan pelajar ini memerlukan kemudahan dalam kampus seperti internet tanpa wayar (WiFi) dan lain-lain.

“Pendaftaran kemasukan berjalan lancar dan prosedur kemasukkan juga perlu diikuti termasuk pelajar perlu membuat ujian calitan COVID-19 dan akan diasingkan sekiranya mempunyai gejala bagi mengelak penularan jangkitan berlaku,” katanya yang ditemui selepas menyantuni Kemasukan Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022 di Kolej Kediaman Beta, di sini semalam.

Dr Mohamad Rizal (tengah) bersama Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022.

Dr Mohamad Rizal (tengah) bersama Pelajar Berkeperluan ke Kampus Semester 1 Sesi 2021/2022.

Tambahnya, UMSKAL kini mempunyai 1,908 pelajar yang membabitkan pelajar Tahun 1 seramai 459, Tahun 2 (436), Tahun 3 (402), Tahun 4 (483) dan Tahun 5 dan ke atas seramai 128.

“Seramai 459 pelajar baharu melanjutkan pengajian di Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) bagi Sesi Akademik 2021/2022,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda