Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Genashtim-SCENIC Atasi Pengangguran Melalui Portal

By 21 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Syarikat Genashtim Sdn. Bhd. komited membantu rakyat Sabah mencari pekerjaan menerusi portal carian kerjaya dalam talian dengan usaha sama Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Thomas Ng, berkata pihaknya sedang berusaha dengan SCENIC untuk membantu rakyat negeri dalam memaksimumkan kelebihan internet khususnya dalam peluang pekerjaan.

“Dilancarkan pada Ogos lalu, platform Jobs-10G bertujuan untuk menghubungkan pencari kerja dengan bakal majikan bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia Pasifik.

“Dengan mereplikasi Jobs-10G ini, ia dapat mendorong organisasi untuk memanfaatkan individu berkelayakan dan kami percaya masyarakat akan maju sekiranya lebih banyak syarikat memperkasakan tenaga kerja yang masih belum dimanfaatkan yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Thomas, melalui program ini pemohon yang layak akan menerima manfaat hasil daripada latihan yang dirancang dalam mempersiapkan tenaga kerja yang berkualiti.

“Mereka akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan agar dapat memanfaatkan peluang pekerjaan dari syarikat tempatan dan global yang telah memuat naik peluang pekerjaan di platform Jobs-10,” katanya.

Pengurus Besar SCENIC Viviantie Sarjuni.

Pengurus Besar SCENIC Viviantie Sarjuni.

Sementara itu, Pengurus Besar SCENIC Viviantie Sarjuni, berkata inisiatif kerjasama sebegini sesuai dengan misi mereka untuk menghubungkan tenaga kerja mahir dengan pelbagai pihak berkepentingan selain mewujudkan impak yang lebih besar.

“Kita perlu mencari sebanyak mungkin peluang pekerjaan untuk rakyat di Sabah sama ada dengan agensi persekutuan atau syarikat korporat di luar negeri.

“Pekerjaan secara jarak jauh telah menjadi lebih relevan pada masa kini dengan situasi pandemik COVID-19 yang memaksa majikan dan pekerja meneroka cara baharu ini untuk mencari pendapatan,” katanya.

Viviantie berkata, demografi sasaran Jobs-10G untuk inisiatif ini adalah menumpukan kepada komuniti terpinggir, terutama mereka yang berada di bawah garis kemiskinan, masyarakat luar bandar, orang kurang upaya (OKU) dan penganggur.

“Projek Jobs-10G adalah penerima Geran Pada¬nan Impak Sosial (SIM), hasil inisiatif yang diperkenalkan oleh Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan ditadbir Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) serta disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Jobs-10G diwujudkan berdasarkan kepercayaan syarikat iaitu masa depan pekerjaan tidak lagi terbatas kepada lokasi tertentu dan kebolehkerjaan melampaui kekangan fizikal, halangan sosial serta sempadan,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda