Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

IOT Pemangkin Teknologi Dalam Bidang Pertanian Moden

By 29 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Shaharudin Suratman (Seremban) / Nooradilah Abdul Samat (Politeknik Nilai)

SEREMBAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menjadi tunjang kepada inkubator keusahawanan NFT Smart Kit dengan menyertai Kursus Agri IOT Irrigation System anjuran Politeknik Nilai.

Penyelaras Inkubator NFT Smart Kit Mohd Saifudin Ahmad, berkata bahawa produk NFT Smart Kit merupakan produk pertanian bandar yang menumpukan penanaman secara hidroponik yang boleh di gunapakai oleh masyarakat terutamanya mereka yg tidak mempunyai ruang tanah untuk bercucuk tanam..

“Produk ini bukan sahaja sesuai untuk penanaman pokok sayur-sayuran tetapi juga sesuai untuk penanaman strawberi tanah rendah dengan menggunakan kaedah NFT (hidroponik) tanaman yang ditanam akan dapat dikawal dari segi penggunaan baja yang optimum,” katanya sewaktu ditemui, di sini kelmarin.

Tambah beliau, produk ini memberi kelebihan pada pokok strawberi variati tanah rendah ini untuk ditanam. Hasil dari kaedah NFT ini, pokok strawberi lebih mudah membesar dan mengeluarkan buah.

“Bukan itu sahaja pembangunan rumah hijau yang mengaplikasikan penggunaan Internet Of Think (IOT) terkini juga telah digunapakai ke atas penanaman strawberi sehingga membolehkan penanaman menjadi lebih mudah diuruskan kerana kawalan makhluk perosak, pembajaan, suhu dan kelembapan dapat dikawal secara automatik,” katanya lagi.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dr. Faraziah Hasan, berkata Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu memberi pendedahan kepada pelajar terhadap produk-produk terkini IOT.

“Projek yang diketengahkan melalui tanaman secara hidroponik (NFT) berasaskan IOT ini seterusnya dapat menjadi model untuk dipasarkan.

“Selain itu, melalui penggunaan sistem NFT peserta tidak perlu memberi masa yang banyak untuk menjaga tanaman kerana proses pembajaan adalah secara automatik melalui sistem pam,” katanya.

Tambahnya para pelajar sentiasa dibimbing dan diberi peluang dalam meningkatkan kemahiran terhadap IOT yang mana ianya menjadi keperluan dalam teknologi pertanian moden masa ini.

“Secara tidak langsung wujudnya pelajar sebagai usahawan moden dan kompetitif dalam sektor pertanian yang mampu mempelbagaikan hasil pengeluaran mereka, menghasilkan produk bernilai tinggi dan meningkatkan pendapatan,” katanya lagi.

-FF

Tinggalkan komen anda