Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

KRT Taman Desa Jana, KRT Pertama Lokasi Penanaman Pokok Semula Jadi

By 18 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

KAMUNTING, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jana dipilih sebagai KRT pertama, tempat penanaman pokok semula jadi di daerah Larut Matang dan Selama.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata, lokasi ini dipilih sebagai lokasi pertama atas pelbagai faktor, antaranya ialah kerana KRT ini antara yang paling aktif serta memainkan peranan penting kepada penduduk setempat terutamanya dari segi keselamatan di kawasan Kamunting.

“Pusat penanaman ini juga antara kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT) dimana kawasan perumahan di persekitaran KRT ini adalah di bawah kementerian berkenaan,” katanya.

Diberi nama Kebun Komuniti dan ianya sangat sinonim dengan perpaduan majmuk masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan ini juga adalah satu cara untuk menjayakan aspirasi Keluarga Malaysia yang  dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Datuk Halimah bersama Ton Zalani Mat Darus , Pengerusi KRT Taman Desa Jana ketika melawat tapak semaian 200 anak pokok yang disediakan.

Datuk Halimah bersama Ton Zalani Mat Darus , Pengerusi KRT Taman Desa Jana ketika melawat tapak semaian 200 anak pokok yang disediakan.

“Sebanyak 200 anak pokok telah disediakan di atas  para dan antara pokok-pokok yang ditanam bagi gimik perasmian pada hari ini ialah Pokok Jarak, Pokok Embun Pagi , GINCU/Red Cane, Kaduk, Rumput Bichetii dan banyak lagi,” ujar beliau ketika memberi ucapan ketika berlangsungnya program Pelancaran Kebun Komuniti KRT Taman Desa Jana baru-baru ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda