Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Pergiat Vaksinasi Rabies, Tingkat Imej Taiping

By 17 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah LMS

TAIPING, 17 Okt (Malaysiaaktif) -Wabak Rabies telah diwartakan di Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang pada 14 Januari 2019, ekoran 1 kes positif gigitan anjing pada 4 Januari 2019 di Taman Sri Kota Fasa Dua.

Tiga kes positif terakhir dilaporkan pada tahun 2019 di sekitar Kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Kampung Boyan dan sejak daripada itu, tiada lagi kes baru dikesan sehingga tahun 2021.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) Negeri Perak sedang menjalankan program suntikan rabies di kawasan Taiping dan Bukit Gantang bagi tujuan mendapatkan status bebas Penyakit Rabies dari pihak OIE (World Organisation for Animal Health).

Aktiviti kesedaran awam, pensampelan dan pemusnahan anjing terbiar turut dilakukan bagi memastikan kawalan Penyakit Rabies dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Dr Faiz Mohd Khair, Pegawai Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama, semua pemilik anjing perlu memberi kerjasama penuh dengan memastikan anjing mereka mendapat suntikan vaksin rabies yang diberikan secara percuma untuk melindungi anjing-anjing mereka daripada dijangkiti Rabies seterusnya menjamin keselamatan pemilik dan orang awam.

Tambahnya lagi, tindakan boleh diambil ke atas pemilik yang enggan memberi kerjasama di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) dan (Pindaan) 2013 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga bulan.

Ekoran pendamik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka pada tahun ini, program vaksinasi rabies dan kempen kesedaran dilaksanakan dengan mengamalkan norma baru dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pemilik-pemilik anjing yang hadir ke Pusat Vaksinasi diminta mematuhi SOP dengan memakai pelitup hidung, mengimbas suhu badan, mengisi borang, menggunakan sanitizer dan sentiasa menjaga penjarakan sosial.

Program pemvaksinan rumah ke rumah dan secara pandu lalu dan ‘walk in’ dijalankan di Pusat Pemvaksinan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan anjing yang telah divaksin akan diberi tanda pengenalan iaitu ‘collar’ berserta kad rekod vaksinasi diserahkan kepada pemilik bagi memudahkan aktiviti pemantauan.

Kad laporan suntikan vaksin untuk penjaga.

Kad laporan suntikan vaksin untuk penjaga.

Status liputan vaksinasi sehingga kini telah berjaya mencapai 94%.

Pengisytiharan Taiping & Bukit Gantang ke arah status bebas penyakit rabies oleh OIE akan tercapai sekiranya liputan vaksinasi ke atas anjing yang bertuan melebihi 80% dan tiada kes baru dilaporkan sehingga Januari 2022.

Usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mencapai status ‘Bebas Penyakit Rabies’ akan memulihkan imej Taiping sebagai destinasi perlancongan dan bandar warisan dunia seterusnya kekal sebagai destinasi pilihan utama yang menarik, bersejarah dan selamat dikunjungi oleh pelancong asing mahupun tempatan.

Program vaksinasi ini mendapat bantuan dan sokongan dari ADUN Kawasan, Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Daerah dan Tanah LMS, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta beberapa NGO di Taiping.

Penyerahan Cek Sumbangan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Teh Kok Lim kepada Pegawai Veterinar Daerah LMS.

Penyerahan Cek Sumbangan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Teh Kok Lim kepada Pegawai Veterinar Daerah LMS.

Satu sesi penyerahan cek sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Teh Kok Lim, sempena program Pemvaksinan Rabies Mukim Taiping dan Bukit Gantang mulai 18 Oktober hingga 19 November 2021.

~RJ~

Tinggalkan komen anda