Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

100 Masyarakat India di Ampang Terima Sumbangan Kit Deepavali

By 3 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya (Hulu Langat)

AMPANG, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 100 keluarga masyarakat India sekitar kawasan Ampang menerima sumbangan kit Deepavali berupa barangan keperluan harian dalam majlis yang diadakan semalam.

Ahli Parlimennya Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata perayaan Deepavali memberi simbolik kepada rakyat Malaysia untuk keluar daripada krisis pandemik COVID-19.

“Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini banyak mengajar perkara baharu dalam kehidupan harian masyarakat.

Datuk Zuraida Kamaruddin bergambar dengan tetamu yang hadir pada Program Sumbangan Kit Deepavali Parlimen Ampang.

Datuk Zuraida Kamaruddin bergambar dengan tetamu yang hadir pada Program Sumbangan Kit Deepavali Parlimen Ampang.

“Pelbagai urusan dalam talian telah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia dalam peralihan pandemik kepada endemik,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Padang Bola Sepak Kg. Ampang Indah, di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak 1,500 kit Deepavali diagihkan kepada masyarakat India dan diadakan setiap tahun di sekitar kawasan Ampang.

Sementara itu, seorang penerima, Sugumaran Kanniah, 67, berkata dia gembira menerima sumbangan tersebut yang akan digunakan untuk persiapan ahli keluarganya menyambut Deepavali.

“Sumbangan ini sangat membantu masyarakat India khususnya dalam menyambut Deepavali nanti, terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Ampang,” katanya.

Sugumaran Kanniah antara penerima sumbangan kit Deepavali Parlimen Ampang semalam.

Sugumaran Kanniah antara penerima sumbangan kit Deepavali Parlimen Ampang semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda