Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahBerita TimurHomePahang

Tengku Hassanal Titah Sediakan Persekitaran Lebih Kondusif Kepada Golongan Belia

By 29 November 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan)

KUANTAN, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta menyediakan persekitaran yang lebih kondusif melalui pembangunan kapisiti, penyediaan kemudahan infrastruktur dan pembukaan peluang pemasaran kepada para belia agar produk dan perkhidmatan mereka dapat dipasarkan ke dalam dan luar negeri.

Baginda bertitah demikian sewaktu  mencemar duli dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang serta Majlis Permasyhuran Penaung Diraja dan Pelancaran Logo 50 Tahun Majlis Belia Negeri Pahang semalam.

Baginda turut menyambut baik usaha kerajaan negeri yang memperkenalkan aplikasi Pahang Go dan berharap inisiatif ini dapat ditambah nilai agar ia menjadi platform bagi usahawan belia memasarkan produk mereka dan seterusnya membolehkan mereka mendapatkan pelbagai akses perkhidmatan kerajaan negeri dengan pantas. 

Antara penerima anugerah bersempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang

Antara penerima anugerah bersempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang

Tengku Hassanal turut bertitah berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Inti International University and Colleges, 80 peratus dari belia generasi Z menghabiskan masa purata 8 jam sehari dengan internet.

“Kerajaan negeri harus menyelami budaya ini agar dasar program yang akan dilaksanakan bertepatan dengan jiwa dan naluri generasi belia zaman ini,” titah baginda.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Belia Negara kepada Pengerusi Gabungan Majlis Belia Felda Malaysia Daerah Bentong Mohammad Izzuddin Hamzah, 31, (Kategori Individu Lelaki) dan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang Normarina Misuari Baharodin, 23 (Kategori Individu Wanita).

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Belia dan Sukan  Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manuska, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Haji Johari Haji Hussain.

-AH-

 

Tinggalkan komen anda