Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,288 Kes Baharu

By 18 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam mencatatkan peningkatan sebanyak 6,288 kes, berbanding 5,413 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sebanyak 98.0 peratus atau 6,163 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 125 kes atau 2.0 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 4,743 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih kini berjumlah 2,466,523 dan lapan kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 247 kes.

“Sebanyak 536 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 251 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-RI

Tinggalkan komen anda